
Assalamualaikum dan salam sejatera kepada para pembaca dan pelawat. Terima kasih kerana sudi berkunjung pada hari ini.
Setiap pereka laman web tahu bahawa syarikat web hosting yang baik adalah sangat penting untuk mana-mana laman web. Adalah benar-benar sukar untuk memilih antara syarikat-syarikat hosting yang baik hari ini terutamanya di web-web yang mempunyai promosi yang banyak. Dalam panduan pendek ini, Riff akan menunjukkan kepada anda semua bagaimana untuk memilih syarikat web hosting. Jom tengok
1. Free Hosting atau Paid Hosting
Ruang meletak isi kandungan laman web anda di hosting percuma umpama membina rumah di atas pasir. Ia boleh jadi kelihatan cepat dan dan ia mungkin kelihatan mudah pada mulanya, tetapi Riff jamin anda tidak akan bertahan lama. Riff cadangkan sila pilih syarikat hosting yang berbayar.
2. Harga Web Hosting
Ini adalah aspek yang kebanyakan pada kita akan melihat pada mulanya semasa memilih pembekal web hosting. Apabila anda melihat perbezaan harga, Anda juga perlu ingat pepatah lama bahawa kita akan dapat sepertimana apa yang kita bayar. Memilih tawaran yang paling murah seperti yang anda lihat bukanlah idea yang baik. Mengapa? Ini kerana hal-hal seperti kos sokongan bukan outsourcing dan perkakasan yang berkualiti tinggi bukanlah murah, dan sebuah syarikat hosting yang mengenakan caj seperti Rm5 sebulan mungkin tidak akan menawarkan ciri-ciri tersebut.
3. Ulasan Pelanggan dan Reputasi Syarikat Web Hosting
Ini adalah salah satu faktor yang paling penting apabila anda memilih pembekal web hosting. Lakukan dulu carian di Google tentang penyedia web hosting tertentu, atau melihat mereka di Twitter atau Facebook dan lihat apa yang pelanggan-pelangga mereka katakan tentang syarikat ini. Berapa lamakah purata masa yang diperlukan untuk tindak balas mereka terhadap pertanyaan? Apabila mereka mempunyai masalah dengan sistem, apakah cara tindakan mereka? Adakah mereka mudah untuk dihubungi untuk mendapatkan sokongan?
Popularity: 1% [?]
This is a preview of
10 Panduan Ringkas Untuk Memilih Syarikat Web Hosting
.
Read the full post (843 words, 2 images, estimated 3:22 mins reading time)