Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pelawat-pelawat dan rakan-rakan yang sentiasa setia mengikuti perkembangan Rifbook.com dari semasa ke semasa. Semoga berkekalan bahagia dan sihat hendaknya. :)
Rata-rata orang sudah pasti akan mengatakan Wright Brothers (Orville Wright dan Wilbur Wright) adalah orang pertama yang mencipta kapal terbang. Dunia juga telah mengiktiraf Wright Brothers sebagai pencipta kapal terbang pertama kerana mereka dengan jayanya telah berjaya mencipta kapal terbang bernama Flyer yang berjaya diterbangkan dengan baik sekali.
Tetapi tahukah anda bahawa konsep kapal terbang yang diguna pakai oleh Wright Brothers untuk mencipta kapal terbangnya adalah dengan menggunakan konsep atau idea dari Ilmuan Islam kita, Abbas Ibnu Firnas.

“Ibnu Firnas was the first man in history to make a scientific attempt at flying.”
—Philip Hitti, History of the Arabs.
Abbas Ibnu Firnas atau Abbas Qasim Ibnu Firnas merupakan seorang yang berketurunan Berber di Sepanyol. Beliau adalah seorang pakar sains, ahli teknologi dan ahli kimia. Sepanjang hidupnya, Ibnu Firnas mendalami ilmu kimia, fizik, dan astronomi. Beliau telah menemui konsep kapal terbang pertama di dunia, mencipta planetarium dan merekacipta kristal tiruan. Ibnu Firnas mendahului dunia penerbangan seribu tahun sebelum The Wright Brothers.
Pada tahun 852, seorang pemuda bernama Armen Firman terbang dari menara di Cordova dengan menggunakan jubah lebar seperti sayap untuk melambatkan kelajuaannya (penemuan payung terjun). Beliau terselamat dengan kecederaan ringan, dan Ibnu Firnas hadir dan menyaksikannya.
Pada tahun 875, pada usia 66 tahun, Ibnu Firnas mencipta pelayangnya sendiri, dan melayang turun dari menara. Penerbangan itu agak berjaya, dan disaksikan oleh sekumpulan orang-ramai yang dijemputnya. Bagaimanapun, pendaratannya gagal. Belakangnya tercedera, dan pengkritiknya menyatakan bahawa beliau tidak mengambil kira cara burung mengepak ketika terjunam, dan mendarat pada ekornya. Beliau tidak menyediakan ekor, ataupun cara pergerakan serupa itu.
Selain itu, Ibnu Firnas mencipta planetarium mekanikal dengan planet-planet yang berputar. Beliau juga turut membuat simulasi guruh dan kilat, menyediakan jadual astronomi, mengarang puisi, dan merekacipta jam air yang dikenali sebagai Al-Maqata.
Selain itu, beliau mencipta kaedah menghasilkan kaca dari pasir, menghasilkan rantaian cincin yang boleh digunakan bagi menunjukkan pergerakan planet dan bintang. Beliau juga memajukan proses bagi memotong kristal batu.
Ibnu Firnas meninggal dunia pada tahun 888 Masihi pada usia 77 tahun. Libya telah mengeluarkan setem sebagai menperingatinya. Iraq membina patung bagi memperingati dirinya dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Iraq, dan Lapangan Terbang Ibnu Firnas di utara Baghdad dinamakan sempenan namanya.
Kawah Ibnu Firnas di bulan juga dinamakan sempena namanya.
Sekian sahaja entri Rifbook.com untuk hari ini. Sehingga kita berjumpa lagi di lain masa. :)

Jom Masukkan Email Untuk Dapatkan Semua Update-update Terbaru Rifbook.com Secara Terus Ke Inbox Anda. :)

Choose And Click The Picture Below To View The Info.. :)
[fgallery id=1 w=530 h=350 bg=ffffff t=0 title="Rifbook Sharing Info"]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popularity: 2% [?]