10 Haiwan Yang Diancam Kepupusan
on June 13th, 2011 at 10:23 am
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua kawan-kawan pelawat Rifbook.com yang terus setia dan sudi meluangkan masa untuk membaca entri-entri di Rifbook.com.
Pada entri kali ini, Riff nak berkongsi maklumat tentang haiwan-haiwan yang terancam dan hampir pupus di atas dunia ini. Jom tengok…
Badak Sumatra (Dicerorhinus sumatrensis) adalah badak yang berukuran paling kecil di antara semua spesies badak di dunia. Badak di hutan kepulauan Sumatera, Malaysia dan Thailand ini dinyatakan diancam kepupusan dan dianggarkan hanya ada enam populasi di alam liar atau tinggal 300 ekor saja. Faktor utama berkurangnya jumlah badak ini adalah pemburuan liar. Di pasar gelap,sumbu badak ini berharga 30.000 dolar AS per kilogram. Selain itu, kadar pembiakan yang lambat juga menyebabkan mereka berada diambang kepupusan.
Jumlah haiwan seberat 30 tan ini hanya dianggarkan 100 ekor sahaja yang masih hidup, dan daripada 100 itu hanya ada 23 ekor betina yang masih wujud di wilayah perairan Pasifik Selatan.
Anda pernah menonton filem animasi Ice Age? Filem ini menceritakan kehidupan unik tentang haiwan pada zaman ais, zaman dimana hampir seluruh permukaan bumi ditutupi ais dan haiwan bernama serigala merah (Canis lupus rufus) ini adalah salah satu haiwan Ice Age yang masih hidup hingga kini. Para pengkaji menganggarkan hanya ada 250 ekor sahaja yang masih hidup pada masa kini.
Harimau Siberia (Panthera tigris altaica) adalah spesies harimau yang pernah tinggal di wilayah Cina, Semenanjung Korea, dan Mongolia. Namun, kini haiwan tersebut hanya boleh hidup bebas berkeliaran di Rusia, di wilayah perlindungan kawasan Amur-Ussuri. Dianggarkan 350 hingga 450 sahaja yang masih hidup.
Akibat ketamakan manusia yang terus mencemarkan alam sekitar tanpa henti, musang berkaki hitam (Mustela nigripes) hampir pupus dari muka bumi ni. Haiwan asli Amerika Utara ini kini dinyatakan sebagai mamalia paling terancam di AS. Haiwan malam hari atau nokturnal ini memburu haiwan seperti prairie dog sebagai makanan utama. Seiring menurunnya jumlah populasi haiwan buruannya, jumlah musang berkaki hitam ini juga ikut berkurang.
Sesuai namanya, buaya Filipina (Crocodylus mindorensis) adalah spesies buaya yang dilindungi di Filipina. Berdasarkan survei pada tahun 1995, buaya bertubuh kecil ini hanya tinggal 100 ekor di Filipina. Hal ini menjadikan buaya tersebut sebagai satu dari spesies haiwan paling terancam di dunia.
Sejak gorila gunung (Gorilla beringei beringei) ditemui pada akhir tahun 1902, jumlah populasi haiwan ini pun turut terus berkurang akibat pembalakan liar, aktiviti pemburuan , dan perdagangan haiwan haram. Saat ini, jumlah Gorila Gunung yang mampu hidup di kawasan dingin ataupun panas ini hanya ada 720 ekor yang tersebar di wilayah Uganda.
Yu yang menghuni Sungai Gangga di India bernama Yu Gangga (Glyphis gangeticus) dan memiliki reputasi sebagai pemakan manusia sebaliknya banyak diburu oleh manusia untuk diambil minyaknya. Selain itu, semakin tercemar dan kotornya Sungai Gangga menjadikan faktor lain yang menyebabkan spesies ini kian pupus.
Orangutan Sumatra (Pongo abelii). Primape ini adalah pemakan buah-buahan dan serangga. Seperti biasa, penyebab berkurangnya jumlah mereka adalah habitat yang dimusnahkan dan pemburuan liar. Orangutan ini termasuk salah satu daripada haiwan yang memiliki kemampuan reproduksi rendah. Pongo abelli betina hanya mampu melahirkan tiga anak selama masa hidupnya.
10. Burung Kondor California
Burung kondor California (Gymnogyps californianus) adalah burung pemakan bangkai asal California, AS, yang mempunyai masa hidup paling panjang dibandingkan dengan burung lain, aitu sekitar 50 tahun. Gara-gara perburuan liar dan makin kurangnya habitat, burung ini hampir musnah secara keseluruhan pada 1980. Namun usaha pemuliharaan dari pelbagai pihak, burung ini selamat. Kini, terdapat 332 Burung Kondor California di kawasan pemuliharaan, termasuk 152 ekor di alam liar.
Kebanyakkan haiwan-haiwan ini hampir pupus disebabkan oleh perbuatan manusia seperti pemburuan haram dan merosakkankan alam sekitar, jadi Riff disini menyeru anda semua agar kita bersama-sama bekerjasama menjaga dan menghargai haiwan-haiwan dan alam sekitar kerana kalau boleh kita tak mahu apa yang kita ada pada masa sekarang ini tidak ada pada zaman anak cucu-cicit kita nanti. Setakat ini sahaja untuk entri kali ini, jumpa lagi pada entri yang akan datang…
Jom Masukkan Email Untuk Dapatkan Semua Update-update Terbaru Rifbook.com Secara Terus Ke Inbox Anda.
Choose And Click The Picture Below To View The Info..
[fgallery id=1 w=530 h=350 bg=ffffff t=0 title="Rifbook Sharing Info"]
Popularity: 18% [?]



The Incredible Hulk (2008) Movie Download
Borat: Cultural Learnings of America for Make Benefit Glorious Nation of Kazakhstan (2006) Movie Download
The Ring Two (2005) Movie Download
The Ring (2002) Movie Download
The Matrix Revolutions (2003) Movie Download
The Matrix Reloaded (2003) Movie Download
The Matrix (1999) Movie Download
Sherlock Holmes: A Game of Shadows (2011) Movie Download
The Curious Case of Benjamin Button (2008) Movie Download
The Last Samurai (2003) Movie Download
War of the Worlds (2005) Movie Download
Captain America: The First Avenger (2011) Movie Download
Contraband (2012) Movie Download
Ironclad (2011) Movie Download
Full Metal Jacket (1987) Movie Download
Iron Man 2 (2010) Movie Download
Iron Man (2008) Movie Download
The Darkest Hour (2011) Movie Download
Straw Dogs (2011) Movie Download
War Horse (2011) Movie Download











Terbaik arr gambar haiwan di atas..
mnarik sngguh haiwan2 dlm nie..
aq tertrk tgk sngt menabjubkn…
woahh…susah nih…kene lukis…
tp xper…sy akan cuba untuk lukis untuk markah peka sy…hehe
pening mana nak cari dlm buku teks…pastu cari google jer…hehe
anyway thanks 4 the info n the photo…
<3
hahahahah? 3:)
:v
terima kasih…saya ambik info kat sini utk siapkan folio saya…
tq…………..mmg ni yg sy nk cri
Sngt mnepati ape yg sya mhukn
anaz: sama2..
terima kasih : ) for help me to find a exdangered animal tq very much